Pembiayaan Peribadi Sektor Awam & Swasta semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat kita. Institusi kewangan seperti Al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House, MBSB, Bank Rakyat, Ambank, CIMB Bank, Yayasan Perlis dan Easy RHB adalah beberapa contoh Institusi Kewangan yang menawarkan pelbagai pakej pembiayaan peribadi yang menarik untuk terus bersaing dengan lain-lain institusi kewangan.
Secara amnya, kadar hutang setiap rakyat Malaysia semakin meningkat saban tahun. Ianya bukan lagi menjadi kemudahan tetapi keperluan untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi dan akan membebankan pelanggan semula kemudiannya. Ya, memang bukan semua yang memohon pinjaman peribadi itu bermasalah.
Mungkin ada pemohon yang ingin membuat pelaburan seperti membeli tanah,
rumah, emas, saham, dan lain-lain lagi. Namun, mereka masih perlu
merancang dengan bijak.
Peringatan!
Ingin
saya tekankan di sini bahawa ianya sangat membantu untuk pelanggan yang
memerlukan. Namun, perlu diingatkan bahawa tanpa perancangan yang
teliti, ianya akan membebankan dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam
kewangan seharian anda. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai
tanggungan atau komitmen yang tinggi seperti rumah, kereta, kad kredit,
dan berkeluarga.
Saya akan terangkan mengenai produk Pembiayaan Peribadi atau lebih biasa dipanggil Personal Loan secara terperinci di dalam post yang lain. Di dalam post ini saya ingin memfokuskan mengenai kesilapan yang biasa berlaku di dalam memohon pinjaman.
Masalah dan Kesalahan Yang Biasa Berlaku
Sepanjang pengalaman saya bekerja di dalam sektor perbankan, ramai diantara pemohon yang telah TERSALAH LANGKAH dalam menyusun kewangan mereka sendiri. Ini menyebabkan timbul masalah yang serius sehingga menyebabkan masalah dalam pekerjaan dan juga rumahtangga.
1. Pemohon Tidak Jujur
Ini memang selalu berlaku. Pemohon sering menyembunyikan rekod-rekod bayaran pinjaman terdahulu apabila ditanya. Para pemohon sebenarnya telah menyulitkan lagi proses permohonan. Tujuan pegawai atau ejen bertanya adalah untuk mengenalpasti langkah yang perlu diambil bagi melancarkan proses permohonan. Perlu diingat bahawa mana-mana institusi kewangan kecuali koperasi mempunyai sistem yang dapat menyemak rekod pemohon menerusi Bank Negara.
Sekiranya pegawai atau ejen diberitahu awal mengenai masalah rekod, ianya tentu akan memudahkan. Sebagai contoh, jika pemohon mempunyai masalah rekod, pegawai atau ejen berkenaan pasti akan memberi jawapan on the spot. Sekiranya jawapan yang diterima adalah "boleh try" atau "boleh teruskan permohonan", pastinya dokumen-dokumen lain diperluka dan akan diberitahu secara detail. Jadi ia akan mempercepat dan melancarkan proses permohonan. Sekiranya jawapannya "tidak boleh memohon", cari saja bank atau koperasi lain untuk memohon. Senang. Kebiasaannya, pegawai atau ejen mempunyai networking yang cukup luas. Jadi mereka dapat membantu "rekomen" di tempat-tempat lain tanpa menyusahkan diri pemohon mencari sendirian.
2. Pemalsuan Dokumen
Ini adalah kesalahan besar dan serius. Ia boleh mengakibatkan pemohon dikenakan tindakan tatatertib. Lebih teruk lagi mereka akan disenaraihitamkan oleh Bank tersebut untuk semua urusan. Lagi susah. Saya tidak nafikan ada juga kes yang berjaya lepas dan tidak dapat dikesan. Namun ianya terpulang kepada langkah keselamatan yang diambil oleh Bank tersebut untuk mengelakkan daripada kes-ses sebegini berlaku yang sudah pastinya menyebabkan kerugian besar.
Contoh pemalsuan dokumen adalah pengubahsuaian slip gaji dan tiru tandatangan majikan.
3. Masalah Pegawai/Ejen
Ada juga Pegawai/Ejen yang hanya mementingkan diri. Mereka, maksud saya
ejen dan pegawai di dalam bidang ini, sepatutnya menjadi perunding,
penasihat,dan juga penyelesai masalah kepada pemohon. Bukan mengambil
kesempatan terhadap mereka yang sedang dalam kesusahan.
Ramai di antara pemohon yang saya temui menyuarakan kepada saya yang mereka ditipu oleh ejen. Ada ejen yang meminta sejumlah wang daripada pemohon atas alasan guna "orang dalam" untuk mempercepatkan proses, nak bayar "orang dalam" untuk tutup blacklist, dan lain-lain lagi. Walau apa pun alasannya, ianya adalah melanggar etika dan merupakan satu kesalahan yang pastinya akan memberi kesan kepada pemohon dalam jangka masa pendek/panjang.
Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Perkataan ejen telah mendapat maksud konotatif akibat daripada segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya banyak lagi kesalahan dan masalah semasa memohon Pinjaman Peribadi. Mungkin next time pulak saya terangkan.
Jadi, elakkan daripada membuat kesilapan-kesilapan di atas yang sudah
pasti akan menyebabkan berlakunya kesukaran pada masa hadapan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumpa lagi dalam post yang berikutnya iaitu "Perbandingan Pakej Pembiayaan Peribadi yang Terbaik Setakat 09/2012", "Sekatan dan Peraturan Baru Bank Negara Malaysia" dan "Kaedah Pengiraan Asas Pembiayaan Peribadi"
No comments:
Post a Comment